Perutusan KPSU Pengurusan Majlis dan Protokol
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Illahi dengan kewujudan laman web ini akan dapat menjadi pemudahcara kepada orang ramai khususnya di jabatan-jabatan dan agensi-agensi dalam negeri atau di luar Terengganu untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pengurusan majlis dan protokol serta adat istiadat Negeri Terengganu Darul Iman.
Di era globalisasi ini, jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan semakin hari semakin rancak melaksanakan pelbagai majlis dan acara Kerajaan sendiri. Justeru, kecekapan pengendalian sesuatu majlis sudah tentu akan memberi nilai tambah kepada sesebuah organisasi yang mengendalikannya.
Melalui laman web ini, maklumat-maklumat berkaitan dengan panduan-panduan pengurusn majlis dan protokol mudah diperoleh selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini dimana segalanya berada di hujung jari sahaja.
Harapan saya semoga dengan penggunaan laman web ini secara meluas oleh semua jabatan dan agensi kerajaan, kecekapan pengurusan serta kualiti penganjuran sesuatu majlis atau secara rasmi Kerajaan dapat diseragamkan.
Semoga laman web ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Sekian, selamat melaksanakan majlis dan acara Kerajaan.
~MUHD AIMIN BIN MOHD TAHIR