Kad Meja dan Kerusi
Kad meja dan kerusi merupakan satu elemen penting di dalam sesuatu majlis. Tujuan penggunaan kad meja dan kerusi ini adalah sebagai pemudahcara kepada penyambut dif untuk melancarkan sesuatu majlis. Penyambut dif yang bertugas untuk sesuatu majlis WAJIB menghadiri persiapan tempat untuk 'seating'. Persiapan 'tagging' ini perlu dilakukan sehari sebelum atau selewat-lewatnya 3 jam sebelum majlis bermula.Urus setia sesuatu majlis wajib menyediakan kad meja dan kerusi ini berdasarkan kehadiran jemputan terutama jemputan VIP. Oleh itu, urus setia perlu memastikan setiap jemputan VIP perlu ada jawapan kehadiran sama ada hadir atau tidak hadir untuk sesuatu majlis.
Berikut merupakan contoh-contoh kad meja dan kerusi serta tatacara penulisan di atas kad tersebut.
Contoh 1: Kad kerusi
Contoh ini menunjukkan kad kerusi dan tatacara menulis nama VIP bersama pingat/bintang.
Contoh 2: Kad Meja
Ini merupakan contoh kad meja. Kad meja biasanya digunakan untuk majlis atau jamuan makan. Fungsinya sama seperti kad kerusi. Kad meja dilipat dan diletakkan di atas meja didepan tempat duduk jemputan atau vip.