Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial
Pada 2 hingga 3 Mac 2020 yang lalu, bertempat di Dewan Konvensyen, Tingkat 2, Wisma Darul Iman telah berlangsung Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol) melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia). Seramai lebihkurang 230 orang peserta telah mendaftar dan menghadiri kursus selama 2 hari tersebut.
Kursus ini dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan Kursus Asas Etiket dan Protokol Negeri Terengganu Darul Iman yang disampaikan oleh Encik Muhd Aimin bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol).
Kursus ini melibatkan 4 sesi iaitu,
- Sesi 1: Etiket dan Protokol Pemangkin Budaya Cemerlang yang disampaikan oleh YM Tengku Seri Bijaya Raja, bekas KPSU (Pengurusan Majlis dan Protokol) dan kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Tanah dan Galian Terengganu
- Sesi 2: Imej dan Keterampilan Diri Pegawai Protokol & Penyambut Dif yang disampaikan oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, bekas KPSU (Pengurusan Majlis dan Protokol) dan kini menyandang jawatan sebagai Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu
- Sesi 3: Susunan Keutamaan Negeri & Persediaan Perjalanan Majlis Rasmi disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Ali, bekas KPSU (Pengurusan Majlis dan Protokol) dan kini menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu.
- Sesi 4: Protokol Dalam Perjalanan Istiadat disampaikan oleh Encik Mohd Zahari bin Haji Janah, Pegawai Penyelaras Istiadat, Pengurusan Majlis dan Protokol.
Kursus ini telah berakhir pada jam 1.30 tengahari dan majlis penutup diadakan dengan ucapan penutup disampaikan oleh Encik Muhamad Ridzuan bin Hashim, Penolong Setiausaha Kerajaan (Latihan & Kerjaya), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta sesi bergambar bersama peserta-peserta kursus.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-58 HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN TERENGGANU TAHUN 2020
Pada tanggal 10 Februari 2020 yang lalu, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun ke-58 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Tahun 2020 kali pertama bertempat di bilik gerakan tingkat 17, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.
Rentetan itu, mesyuarat yang diadakan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada 10.05 pagi ini telah dihadiri seramai 50 orang ahli jawatankuasa induk bagi mengambil bahagian dalam agenda yang dibincangkan dimana mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Encik Muhd Aimin bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol) selaku setiausaha mesyuarat tersebut.
Tambahan pula, Agenda Mesyuarat itu diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan atur cara sambutan Ulang tahun KDYMM Sultan Terengganu dan juga untuk membincangkan mengenai cadangan jawatankuasa induk bagi ulang tahun ke-58 hari keputeraan KDYMM Sultan Terengganu.
MAJLIS PENUTUP MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN 1441H/2020M
Pada 23 Januari 2020 yang lalu, telah diadakan Majlis Penutup Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Besut, Terengganu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.