Tatacara Permohonan Mengadap
Berikut adalah tatacara yang perlu diikuti untuk permohonan mengadap dan semasa hari mengadap sebagaimana dibawah.
1. Permohonan untuk majlis mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu hendaklah dialamatkan kepada:
Yang Berhormat
Setiausaha Kerajaan Terengganu
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tingkat 15, Wisma Darul Iman
20503, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
2. Nyatakan tujuan hendak mengadap.
3. Nyatakan cadangan tarikh hendak mengadap
4. Nyatakan biodata orang yang akan mengadap.
5. Perlu nyatakan nama orang yang akan mengiringi sama semasa majlis mengadap.
6. Pada lazimnya pakaian untuk mengadap adalah sebagaimana berikut:
i. Lelaki - 'Lounge Suit' (bertanah gelap) & Bersongkok
- Berkasut dan sarung kaki hitam (stokin)
ii. Lelaki - Berpakaian kebangsaan negara masing-masing
(Pembesar Negara Luar/Duta)
iii. Perempuan - Baju kurung atau kebarung/sopan
(bertudung/berselendang).
- Berkasut
iv. Perempuan - Berpakaian kebangsaan negara masing-masing/sopan.
(Pembesar Negara Luar/Duta)
7. Maklumkan terlebih dahulu jika ada membawa cenderahati semasa majlis mengadap.
8. Orang yang akan mengadap hendaklah berada sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal dari masa mengadap.
9. Semasa mengadap hendaklah membahasakan diri “Patik”. Panggilan kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu
ialah “Tuanku” .
10. Bersilang kaki sama sekali tidak dibenarkan semasa majlis mengadap.
11. Tidak dibenarkan merokok.