•  
  • Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pengurusan Majlis dan Protokol

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-58 HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN TERENGGANU TAHUN 2020

Ditulis pada .

Pada tanggal 10 Februari 2020 yang lalu, Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol  telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun ke-58 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu Tahun 2020 kali pertama bertempat di bilik gerakan tingkat 17, Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Rentetan itu, mesyuarat yang diadakan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada 10.05 pagi ini telah dihadiri seramai 50 orang ahli jawatankuasa induk bagi mengambil bahagian dalam agenda yang dibincangkan dimana mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Encik Muhd Aimin bin Mohd Tahir, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis dan Protokol) selaku setiausaha mesyuarat tersebut.

Tambahan pula, Agenda Mesyuarat itu diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan atur cara sambutan Ulang tahun KDYMM Sultan Terengganu dan juga untuk membincangkan mengenai cadangan jawatankuasa induk bagi ulang tahun ke-58 hari keputeraan KDYMM Sultan Terengganu.